Pengertian Internet Internet (kependekan daripada perkataan ‘inter-network’) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP / IP sebagai protokol pertukaran paket ( packet switching communication protocol ). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet . Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking. Rangkaian pusat yang membentuk Internet diawali pada tahun 1969 sebagai ARPANET , yang dibangun oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching). Pada 1 Januari 1983 , ARPANET menukar proto...